fbpx

Enam sekeluarga nyaris ditimbus tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan tanah runtuh yang berlaku di Jalan Halaman 6, Taman Halaman, Ampang petang tadi.

AMPANG – Enam sekeluarga berdepan detik cemas selepas belakang kediaman mereka dihempap tanah runtuh dalam kejadian di Jalan Halaman 6, Taman Halaman, di sini, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pukul 6.14 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota dan sebuah jentera tiba di lokasi kejadian kira-lima minit kemudian untuk memberi bantuan.

“Setelah pemeriksaan dilakukan, sebuah rumah berpenghuni manakala sebuah lagi tidak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, ketika kejadian berlaku, terdapat enam penghuni berada di dalam kediaman tersebut namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya lagi, anggota bomba membuat pemantauan di lokasi dan menasihatkan penghuni untuk keluar dari rumah buat sementara waktu bagi elak perkara tidak diingini berlaku.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI