fbpx

Dini Schatzmann kunci mulut isu putus cinta dengan Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DINI ambil pendekatan selamat untuk tidak menafikan mahupun mengesahkan kisah putus cinta dengan Janna Nick. Foto - SADDAM YUSOFF

PETALING JAYA – ‘Bekas’ kekasih Janna Nick, pelakon Dini Schatzmann memilih jalan selamat dengan tidak mengiyakan atau menidakkan apabila disoal mengenai spekulasi putus cintanya bersama aktres popular itu.

Malah, Dini atau nama sebenarnya Dini Azan Schatzmann, 28, enggan menggulas lanjut ketika ditanya adakah spekulasi putus cinta itu sekadar gimik semata-mata.

“Saya tidak boleh nak komen tentang apa yang dia lakukan kerana kehidupan peribadi dia adalah hak dia. Kehidupan peribadi saya adalah hak saya,” kata Dini.

Aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu bagaimanapun hanya tersenyum apabila disoal tentang status terkininya bersama Janna.

“Saya tidak mahu dan saya tidak boleh bercakap apa-apa,” kata Dini ketika ditemui pada majlis pelancaran Nestle’s Harvest Gourmet #HGEarGoodChallenge sebentar tadi.

Desas-desus mengenai keratakan hubungan Janna dan Dini mula hangat diperkatakan apabila bekas pengacara Melodi itu memuat naik status sedih seakan-akan memberi bayangan sudah putus cinta.

Namun, spekulasi kisah putus cinta mereka dikatakan hanya gimik selepas kelibat mereka berdua kelihatan dalam video TikTok pelakon Alvin Chong.

Hubungan cinta Dini dan Janna bermula apabila mereka bekerjasama dalam drama bersiri Bukan Cinta Aku sekitar 2018 yang turut menjalani penggambaran di Itali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI