fbpx

Dahulu sangat aktif, kini terlantar sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI ROKIAH (kanan) tetap cekal untuk menguruskan kehidupan harian anaknya, Nur Aliaa yang kini menghidap angin ahmar dan penyakit saraf di rumahnya di Taman Rasidah Indah, Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Usianya sudah menjangkau 68 tahun, namun kudrat wanita warga emas bergelar ibu tunggal ini tetap kuat demi menjaga anaknya yang terlantar sakit akibat penyakit saraf sejak setahun lalu.

Lebih menyedihkan lagi apabila Siti Rokiah Nordin yang turut menghidap asma kronik sejak 15 tahun lalu terpaksa menguruskan keluarga selepas suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 2000.

Dia kini banyak menghabiskan masa menjaga anak tunggalny, Nur Aliaa Husin, 30, yang terlantar sakit di rumah di Taman Rasidah Indah berikutan penyakit saraf Aneurysm Bleed.

“Anak saya merupakan seorang yang sangat aktif, tetapi semua­nya berubah sekelip mata selepas dia diserang angin ahmar.

“Dia yang banyak membantu keluarga kini hanya terlantar sakit di atas katil. Macam tidak percaya, tetapi saya perlu terima hakikat ini,” katanya yang merupakan pesara kerajaan.

Siti Rokiah berkata, dia pernah menghantar anaknya selama tiga bulan di pusat jagaan di Bukit Kaya, Seremban berikutan faktor kesihatannya yang tidak mengizinkan bagi menjaga Nur Aliaa pada Julai lalu.

“Saya hantar sebab saya tidak berapa sihat dan dimasukkan ke hospital. Saya tidak mahu susahkan orang lain terutama ahli ke­luarga,” katanya.

Jelasnya lagi, Nur Aliaa ketika ini masih menerima rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) bagi menyembuhkan penyakit yang dihadapinya.

“Memang susah bawa anak ke hospital kerana dia tidak boleh bergerak dan saya juga tidak larat memandu. Saya terpaksa menyewa ambulans swasta de­ngan kos RM800 untuk ke Kuala Lumpur, manakala RM300 pula kalau ke HTJS,” katanya,

Tambah beliau, dia kini sedang berusaha mendapatkan bantuan buat anaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringankan beban keluarganya termasuk urusan menjaga Nur Aliaa.

Oang ramai yang ingin membantu boleh meng­hubungi Siti Ro­kiah di talian 012-315 2287 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 105130092710.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI