fbpx

Bomba selamat dua wanita berpaut pada pokok sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menyelamatkan dua wanita yang terperangkap dan berpaut pada pokok sawit di Ladang Kurnia, Jalan Sungai Koyan - Felda Tersang di Lipis semalam.

LIPIS – Ketangkasan pihak bomba berjaya menyelamatkan dua orang wanita daripada dihanyutka arus deras selepas berpaut pada pokok sawit dalam kejadian banjir di Ladang Kurnia, Jalan Sungai Koyan-Felda Tersang di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu dua wanita berusia 36 dan 43 tahun berkenaan berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam banjir selepas melalui laluan  air yang deras.

Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, kedua-dua orang wanita berkenaan dipercayai dalam perjalanan pulang selepas menghantar barang ke kawasan banjir ladang tersebut.

“Mangsa menaiki kereta mengharungi laluan banjir dan terperangkap di kawasan arus deras.

“Melihat keadaan air naik mendadak serta arus semakin deras, kedua-dua wanita ini bertindak keluar dari kereta yang dinaiki untuk meminta bantuan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shahrul Nizam, mangsa terpaksa berpaut pada pokok kelapa sawit selama hampir 20 minit sebelum berjaya diselamatkan oleh anggota bomba daripada balai bomba Sungai Koyan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian pada pukul 9.13 malam, anggota bomba mengesahkan terdapat dua wanita sedang berpaut pada pokok kelapa sawit ekoran terperangkap di dalam banjir dengan kedalaman kira-kira dua meter dan jarak dengan anggota kami sejauh 20 meter.

“Selepas membuat penilaian risiko, anggota bomba bertindak berenang dengan menggunakan tali dan peranti pengapungan peribadi (PFD) untuk menyangkut tali antara sebatang pokok ke pokok kelapa sawit hingga ke tempat mangsa berpaut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI