fbpx

Bekalan air 363,905 pengguna di P. Pinang pulih berperingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekalan air untuk 363,905 pengguna air berdaftar di Pulau Pinang dipulihkan secara berperingkat bermula 3 hingga 5 Disember lalu.

GEORGE TOWN – Bekalan air untuk 363,905 pengguna air berdaftar di Pulau Pinang yang terjejas baru telah dipulihkan secara berperingkat bermula 3 hingga 5 Disember lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Ir. K.Pathmanathan berkata, pemulihan bekalan air terakhir dilaksanakan di pekan Nibong Tebal dan Mukim 5, Seberang Perai Selatan (SPS) pada pukul 11 pagi, Isnin lalu.

“PBAPP berusaha tanpa henti memastikan gangguan bekalan air berjadual untuk pengguna-pengguna air berdaftar di Seberang Perai dan gangguan air luar jangka di bahagian pulau dipulihkan.

“Sehingga Isnin lalu, bekalan air untuk 363,905 pengguna air berdaftar Pulau Pinang yang terjejas telah dipulihkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, PBAPP memaklumkan pada 2 hingga 4 Disember akan berlaku gangguan air berjadual Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT ) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Bagaimanapun, gangguan air luar jangka turut berlaku di beberapa kawasan di bahagian pulau.

Mengulas lanjut, Pathmanathan berkata, PBAPP telah membatalkan pemasangan injap berdiameter 1200mm di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua apabila penyaluran air ke bahagian pulau terganggu disebabkan oleh kerosakan salah satu daripada 24 injap pengawalan serta tekanan air di kolam air Bukit Dumbar menyusut.

“Selain itu, faktor kenaikan tahap kekeruhan (NTU) di Lahar Tiang ketika itu juga diambil kira.Bagaimanapun, PBAPP berjaya menyiapkan kerja-kerja seperti penggantian injap 1350mm di LRA Sungai Dua.

“Kita juga menjalankan kerja-kerja pembaikan paip 1200mm diameter di simpang Permatang Ara/Permatang Pasir, kerja penyelenggaraan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Rumah Pam Bukit Minyak dan lain-lain lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI