fbpx

Bancatakaful manfaat 1.2 juta petani, nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (lima dari kiri) ketika hadir menyaksikan Majlis Tandangan MoU antara Takaful Malaysia dan Agrobank di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 1.2 juta petani dan nelayan seluruh negara bakal mendapat manfaat dari segi pelan perlindungan melalui Perkongsian Strategik Bancatakaful antara Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia Keluarga) dan Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank).

Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pelan perlindungan tersebut penting kerana dapat memberi jaminan keselamatan diri ke arah lebih baik kepada golongan petani dan nelayan yang merupakan watak penting dalam perkembangan industri negara.

“Ramai dalam kalangan petani dan nelayan tidak mempunyai pelan perlindungan selain tidak menyedari tentang kepentingan pelan terbabit.

“Sebagai tambahan kepada pelan perlindungan tersebut, produk takaful khusus seperti pelan rancangan persaraan, pendidikan dan perubatan mampu milik akan diperkenalkan kepada agripreneur daripada komuniti terpinggir dan tidak mendapat liputan seperti golongan berpendapatan rendah (B40), asnaf, wanita dan orang kelainan upaya (OKU) ini.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif melangkaui perbankan bank untuk merapatkan lagi jurang perlindungan takaful terutamanya dalam kalangan masyarakat luar bandar,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua syarikat berkenaan di Hotel Pullman KL City Centre di sini, hari ini.

Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Keluarga, Nor Azman Zainal.

Dalam pada itu, Nor Azman berkata, perkongsian berkenaan akan memberi akses keselamatan kewangan lebih baik kepada pelanggan Agrobank melalui produk takaful am dan keluarga.

“Kerjasama ini bertepatan pada masanya untuk mengukuhkan kedudukan syarikat tersebut dalam industri pelan perlindungan.

“Kami juga memperuntukkan RM1 juta setiap tahun sepanjang perkongsian bancanatakaful ini untuk pelanggan Agrobank yang merupakan asnaf atau penerima zakat, selaras dengan falsafah korporat kami untuk memperbaiki kehidupan dan menyumbang ke arah masyarakat penyayang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI