fbpx

Anwar tunai solat Jumaat di Kampung Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar dan Johari menikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kawasan Masjid Jamek Kampung Baru di sini, bagi menunaikan solat Jumaat.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari terlebih dahulu menjamu selera di restoran AnNUR Tomyam yang terletak di hadapan masjid berkenaan.

Turut bersama beliau bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut kelihatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI