PETALING JAYA – Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media yang berlangsung di Putrajaya sebentar tadi.
Sebelum ini, Anwar mengumumkan Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Disember lalu.- KOSMO! ONLINE