PETALING JAYA – DAP, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus menguasai barisan kabinet bagi jawatan Timbalan Menteri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Berdasarkan senarai penuh, ketiga-tiga parti masing-masing mengisi sebanyak enam jawatan Timbalan Menteri menjadikan jumlah sebanyak 18 Ahli Parlimen dilantik.
Baki jawatan tersebut seterusnya diisi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan lima Timbalan Menteri manakala Parti Gabungan Rakyat Sabah dan Amanah masing-masing mengisi jawatan dua Timbalan Menteri.
Terdahulu, Anwar mengumumkan sebanyak 27 Timbalan Menteri yang akan megangkat sumpah jawatan di Istana Negara, esok. – KOSMO! ONLINE