fbpx

11 PATI ditahan selepas pecut van 10km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
11 PATI berjaya ditahan imigresen di Changlun selepas dikejar penguatkuasa JIM awal pagi tadi.

KANGAR – Cubaan sekumpulan individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) meloloskan diri daripada pihak berkuasa selepas memecut van sejauh 10 kilometer (km) gagal selepas mereka ditahan dalam satu kejadian di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, sekumpulan penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis sedang melakukan Ops Kutip di Kubang Tiga dekat sini.

Pengarah Imigresen Perlis, Khairul Amin Talib berkata, pasukan penguatkuasa dengan kekuatan lima anggota terserempak dengan sebuah van putih yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik sahaja pasukan penguatkuasa JIM Perlis mendekati van itu, pemandunya kenderaan itu tersebut secara tiba- tiba terus memecut laju ke arah Kuala Perlis sebelum berpatah balik ke Changlun, Kedah.

“Pasukan penguatkuasa JIM Perlis terus mengejar van tersebut dan berlaku adegan mengejar sejauh lebih kurang 10km sebelum van tersebut tersalah memasuki jalan mati,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Khairul Amin, pemandu dan seorang penumpang hadapan bertindak melarikan diri dan meninggalkan van tersebut setelah tidak dapat meneruskan perjalanan di Kampung Eriang, Changlun.

Tambahnya, pemeriksaan lanjut mendapati terdapat sembilan lelaki, seorang perempuan dan seorang kanak-kanak dan kesemuanya dipercayai warganegara asing sedang berada di dalam van tersebut.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kesemua penumpang kenderaan van tersebut dipercayai warganegara Myanmar yang berumur antara 10 tahun hingga 49 tahun.

“Kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah untuk memasuki dan berada di negara ini seterusnya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan kesemua mereka dibawa ke pejabat JIM Kangar, Perlis untuk
siasatan lanjut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI