fbpx

Ustaz Kazim bertemu MAINPP Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAKIYUDDIN (tengah) ketika menghadiri Majlis Penyerahan Saguhati Guru Agama dan Al-Quran Pulau Pinang 2022 di Bayan Lepas, di sini hari ini.

BALIK PULAU – Penceramah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias termasuk beberapa individu lain akan mengadakan pertemuan dengan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Isnin ini.

Ini susulan larangan 16 individu termasuk Ustaz Mohd. Kazim untuk mengadakan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu di negeri ini berikutan tidak mempunyai tauliah mengajar.

Yang Dipertua MAINPP, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman berkata, pertemuan itu diaturkan selepas pihaknya menerima surat daripada beberapa individu tersebut pada awal November lalu.

“Pertemuan ini akan diadakan di pejabat saya di Komtar pada Isnin depan. Sebelum ini saya ada menerima surat yang memaklumkan hasrat beberapa individu termasuk Mohd. Kazim untuk berbincang mengenai isu ini.

“Pada perbincangan ini juga, kita akan terangkan mengapa larangan tersebut dilaksanakan, saya difahamkan daripada 16 individu tersebut ada yang sudah memohon tauliah dan ada yang telah dapat pun tauliah,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Saguhati Guru Agama dan Al-Quran Pulau Pinang 2022, di sini hari ini.

Sebelum ini, seramai 16 individu termasuk Ustaz Mohd. Kazim dilarang untuk mengadakan ceramah, khutbah atau majlis-majlis ilmu di negeri ini berikutan tidak mempunyai tauliah mengajar daripada MAINPP.

Selain Mohd. Kazim, individu lain iaitu Shaharudin Ibrahim, Datuk Ahmad Husam Baderudin, Wan Hizam Abdullah Sabil, Yusni Mat Piah, Shahrir Long, Sobri Arshad, Aiman Subri, Ahmad Dusuki Abdul Rani, Afnan Hamimi Taib Azamudden dilarang mengadakan ceramah kerana tidak mempunyai tauliah mengajar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI