fbpx

Tunku Azizah rasmi Juma’ani Pavilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Azizah berkenaan meninjau koleksi pakaian yang terdapat di Juma'ani Pavilion semalam.

PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Juma’ani Pavilion di Kuching, Sarawak, semalam.

Istana Negara dalam satu kenyataan di laman Facebook berkata, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pada pukul 8.15 malam disambut isteri Premier Sarawak, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Turut mengiringi Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggas Embas serta Menteri Pelancongan, Kesenian dan Pelancongan negeri Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

“Dalam program yang berlangsung selama sejam tersebut, Seri Paduka Baginda yang juga merupakan Penaung Pusat Pengeluaran Songket Kontemporari Yayasan Tuanku Nur Zahirah berkesempatan melihat sendiri koleksi seperti pakaian moden dengan sentuhan tradisi Sarawak, beg tangan serta kasut yang dihasilkan pereka tempatan dan dipasarkan di Juma’ani Pavilion.

“Juma’ani Pavilion adalah hab fesyen yang memasarkan produk warisan tempatan dihasilkan oleh anak Sarawak dalam mempromosi kesenian dan kebudayaan,” kata kenyataan itu.

Tambah Istana Negara, Juma’ani Pavilion juga berperanan sebagai pusat latihan bagi pereka muda tempatan yang berbakat dalam bidang fesyen dan tekstil.

Ia turut menempatkan sebuah makmal untuk kegunaan pelatih dan pereka tempatan bagi merancang, mencipta, mereka bentuk serta melakar rekaan yang bakal dihasilkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI