fbpx

Tentera Thai bunuh 15 individu disyaki penyeludup dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 3 Julai 2020 menunjukkan rampasan dadah ice seberat 1,400 kilogram dipamerkan semasa sidang akhbar di wilayah Narathiwat. – AFP

BANGKOK – Pasukan tentera Thai membunuh 15 orang yang disyaki penyeludup dadah ketika mereka cuba menyeberang masuk ke utara Thailand, kata beberapa pegawai tentera hari ini.

Pertempuran berlaku dekat ‘Segi Tiga Emas’ di mana sempadan Thailand, Myanmar dan Laos bertemu. Kawasan itu sudah lama menjadi lubuk penyeludupan narkotik walaupun operasi pembanterasan berulang kali dilancarkan.

Askar-askar yang meronda di wilayah Chiang Mai, utara Thailand, terserempak dengan 20 orang yang berjalan kaki dari arah Myanmar, kata seorang pegawai daripada Pasukan Tindakan Pha Muang yang mengawasi enam wilayah sempadan.

“Individu dalam kumpulan itu melepaskan tembakan apabila mereka diarah berhenti untuk pemeriksaan, manakala anggota-anggota tentera melepaskan tembakan balas,  menyebabkan 15 orang terbunuh,” kata beberapa pegawai.

Menurut mereka, sebanyak 30 guni berisi dadah turut  ditemui di lokasi kejadian.

“Kami melakukan pemeriksaan awal dan mendapati dadah berkenaan adalah ice,” kata seorang pegawai tentera tempatan pula.

Ice adalah nama jalanan untuk methamphetamine. Ia merupakan dadah yang dihasilkan di Myanmar dan dihantar menerusi Thailand serta Laos untuk dieksport ke negara-negara Asia lain. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI