fbpx

Tandas lelaki diubah suai jadi kedai kopi terkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANDAS itu beroperasi dari 1890-an hingga 1960-an. - Getty

LONDON – Sebuah tandas yang dibina semasa era Ratu Victoria telah diubah suai menjadi kedai kopi yang bergaya di Britain, lapor akhbar The Sun semalam.

Tandas awam lelaki itu telah digunakan sejak tahun 1890-an hingga 1960-an, sebelum tidak beroperasi selama setengah abad.

Bangunan itu masih mengekalkan jubin asal hasil rekaan lama. Pekerja-pekerja mengambil masa lapan bulan untuk membaik pulih tangga dan membuang 12 lapisan cat pada dindingnya.

Bahagian atas tempat membuang air kecil yang melengkung telah dijadikan sebagai pembahagi tempat duduk pelanggan.

Bangunan kedai kopi yang kini dikenali sebagai The Attendant itu mempunyai keluasan kira-kira 36 meter persegi. 

Ia menjadi tumpuan penduduk di Fitzrovia, tengah London kerana menghidangkan sandwich gourmet dan kopi gaya barista kepada pelanggan. 

“Memang kelakar untuk minum teh di dalam tandas,” kata seorang pelanggan.

Kedai itu turut popular dalam kalangan penduduk tempatan kerana menawarkan campuran kopi espresso mengikut musim.

“Kami mahu mewujudkan persekitaran untuk membolehkan orang ramai melegakan diri bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

“Kami juga mahu mewujudkan tempat yang mempunyai pelbagai personaliti dan sesuatu yang didorong oleh sejarah, kemampanan dan etos,” kata pemilik kedai, Ryn De Oliveira. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI