fbpx

[VIDEO] Surau SMK Mulong hangus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan surau SMK Mulong, Kota Bharu yang hangus terbakar dalam kejadian kebakaran pagi tadi. -Foto oleh ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Pelajar di dua buah bangunan bersebelahan bertempiaran lari selepas surau Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mulong di sini terbakar.

Dalam kejadian pada pukul 10.40 pagi itu, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong dan SMK Mulong melihat kepulan asap hitam sebelum masing-masing lari menyelamatkan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd. Roslan Omar berkata, tiga jentera dengan kekuatan 12 pegawai dan anggota dari Balai Bomba Ketereh, Tunjong dan Kota Bharu ditugaskan ke lokasi kejadian pada pukul 10.42 pagi.

Menurut Mohd. Roslan, semasa pihaknya tiba di lokasi kejadian, surau tersebut sudah terbakar hampir 90 peratus.

“Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran. Memandangkan bangunan surau itu binaan milik kerajaan, kita akan melakukan semakan dan menyerahkan kepada pihak forensik untuk siasatan lanjut.

“Tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan sekolah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian.

Mohd. Roslan memberitahu, kerugian akibat kejadian itu dianggarkan hampir RM50,000. Setakat ini, punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI