fbpx

Saya turut jadi mangsa buli siber – Fahmi Fadzil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Fadzil.

PETALING JAYA – Kementerian Komunikasi dan Digital memandang berat gejala buli siber yang berlaku di media sosial.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, gejala tersebut boleh mengundang isu kesihatan mental terhadap mangsa.

“Bagi saya isu kesihatan mental isu besar. Saya harap dalam tempoh terdekat kita dapat teliti perundangan.

“Lihat apa kementerian ini dapat lakukan untuk memastikan suasana dalam talian yang lebih kondusif,” katanya pada sidang media hari ini.

Fahmi berkata, beliau turut mempunyai beberapa pengalaman menjadi mangsa buli siber.

Katanya, terbaru kerana menjawab panggilan telefon Pejabat Perdana Menteri (PMO) semasa mengadakan sidang media baru-baru ini.

“Kadang-kala anda kena terima dan senyum. Alhamdulillah terima kasih kepada pembuli siber kerana bantu promosikan diri saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI