fbpx

[VIDEO] Ramai simpati warga emas tidur di tangga KLCC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang warga emas terpaksa tidur di tangga KLCC kerana tiada tempat tinggal.

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas yang terpaksa tidur di tangga sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) kerana tidak mempunyai tempat tinggal dan hidup sebatang kara undang sebak orang ramai.

Perkongsian video menerusi akaun TikTok @aisyahramly96 memaparkan seorang lelaki warga emas yang kelihatan sangat daif sedang duduk di atas tangga KLCC.

Menurut Aisyah, warga emas tersebut sudah beberapa bulan tidur di tangga sekitar KLCC kerana tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak mempunyai sesiapa untuk bergantung harap.

“Terjumpa seorang pakcik pagi tadi semasa datang KLCC, kami dalam perjalanan pulang terjumpa semula pakcik ini dekat tangga, lepas tanya keadaan, ya Allah sedihnya.

“Mohon bantuan untuk pakcik ini, dia tiada tempat tinggal, isteri dan anak-anak sudah meninggal. Dia berharap sangat ada tempat tinggal yang lebih selesa, sudah banyak bulan dia tidur di tangga sekitar KLCC. Dapat tinggal di rumah orang tua atau kebajikan pun dia bersyukur,” jelas Aisyah menerusi video TikToknya.

Rentetan perkongsian video meruntun hati itu telah tular, majoriti besar orang ramai menzahirkan rasa sedih dan bimbang akan keadaan warga emas tersebut.

“Ya Allah sedihnya tengok, ada orang yang lagi susah daripada kita. Semoga pakcik ini dapat rumah sewa atau duduk di rumah orang-orang tua sekurangnya ada kawan di sana ,” komen pengguna TikTok itu.

“Allahuakhbar, tidak dapat bayangkan kalau bapa aku macam ini, tidak tergamaknya aku hendak biarkan dia macam ini,” komen seorang pengguna TikTok yang lainnya.

Dalam pada itu, terdapat juga orang ramai yang bersimpati dan meminta maklumat lebih lanjut tentang warga emas tersebut untuk menawarkan tempat tinggal supaya keadaannya lebih selamat dan selesa.

“Pakcik ini ada dekat mana sekarang? Saya boleh sewakan bilik untuk dia, saya boleh bayarkan setiap bulan,” tulis pengguna TikTok itu.

“Ada apa-apa cerita tak tentang pakcik ini? saya hendak jumpa dia boleh? Saya hendak bagi tempat tinggal untuk dia. Saya tiada ayah, saya mahu menumpang kasih sayangnya,” komen pengguna Tiktok yang lainnya.

Setakat ini, video sayu tersebut telah meraih lebih 400,000 tontonan dan lebih 36,800 tanda suka dengan 1683 perkongsian – KOSMO! ONLINE

@aishahramly96semoga Allah mempermudahkn segala urusan pakcik,sdah berape bulan tidur ditangga jer..sebak rasa aty,terus teringat org tua dikampung…ada yg lebih susah…#fyp#ebitlew#mohonbantuan#klcclrtstation#jkm#NGO#sedih#bersamamu#agensibantuan#fypbantuan#viral@ustazebitlew

♬ original sound – JESBON76

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI