fbpx

PRU15: Bukti rakyat terima rasional gabungan BN-PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ROSDY mengucapkan tahniah kepada Mohd Johari yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Tioman dalam PRU15 DUN Tioman semalam.

ROMPIN – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman memberi makna yang besar kepada BN sekali gus menunjukkan pilihan pembentukan kerajaan negeri antara BN dan Pakatan Harapan diterima.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kemenangan yang amat signifikan itu menunjukkan rakyat menaruh keyakinan kepada kerajaan negeri bagi membantu mereka dan membawa perubahan.

“Sudah tentu masyarakat boleh menerima (kerjasama BN-PH) kalau tidak mana mungkin kita boleh menang, maknanya mereka boleh terima rasionalnya mengapa kita bergabung dengan PH.

“Saya telah jelaskan beberaoa kali bahawa kerajaan harus ditubuhkan supaya membolehkan melaksanakan tugas untuk rakya dan sekiranya kerajaan tidak dapat ditubuhkan yang ruginya rakyat kerana tidak ada mana-mana blok pun yang akan menubuhkan kerajaan

“Ini adalah satu bukti nyata bahawa gabungan ini diterima oleh masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman begitu juga di tempat lain,”katanya di sini hari ini.

Keputusan PRU15 DUN Tioman menyaksikan calon BN, Datuk Seri Mohd Johari Hussain berjaya mempertahankan kerusi berkenaan selama empat penggal dengan mendapat majoriti 573 undi.

Dalam pertembungan lima penjuru itu, Mohd Johari mendapat 8,080 undi, calon Perikatan Nasional (PN), Nor Idayu Hashim (7,507) undi, calon Pakatan Harapan (PH)Mohd Fadzli Ramli (784 undi), calon Parti Pejuang Tanah Air, Osman Bakar (79 undi) dan calon Bebas, Sulaiman Bakar (58 undi).

Sementara itu Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri akan memberi perhatian kepada semua perkara dibangkitkan semasa berkempen agar dapat dilaksanakan demi rakyat.

Katanya setiap perkara dan permohonon akan cuba diselesaikan sedaya upaya secara berperingkat demi memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya.

“Semua perkara yang dibangkitkan semasa kempen saya akan teliti kerana ada beberapa perkara yang tidak diluluskan dengan serta merta ada juga beberapa perkara yang boleh diluluskan dengan serta merta,

“Contohnya isu berkaitan dengan pembangunan, melibatkan kos yang tinggi saya terpaksa melihat dan memastikan ada peruntukan baru kita laksanakan,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI