fbpx

[VIDEO] Piala Dunia Qatar: Pegawai skuad Brazil cengkam kucing dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pegawai media Brazil mencengkam kucing.

DOHA- Tindakan zalim seorang pegawai media skuad Piala Dunia Brazil terhadap seekor kucing yang muncul secara tiba-tiba dalam satu sidang akhbar, mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pencinta haiwan seluruh dunia.

Dalam kejadian tersebut, kucing itu melompat ke atas meja ketika penyerang Brazil, Vinicius Jr. sedang bercakap kepada pemberita menjelang suku akhir Brazil menentang Croatia.

Vini Jr. yang kelihatan sedikit terkejut bagaimanapun, meneruskan sidang akhbar sebelum seorang pegawai dengan kasarnya menghalau kucing berkenaan.

Satu video yang tular di media sosial menunjukkan pegawai tersebut mencengkam bulu di belakang kucing itu, kemudian mengangkat dan mencampakannya ke bawah meja.

Vini Jr. yang kelihatan terkejut dengan situasi itu melemparkan pandangan kurang senang terhadap pegawai tersebut yang berada di sebelahnya.

Rata-rata orang ramai khususnya pencinta kucing menyelar tindakan pegawai tersebut yang bersifat kejam terhadap haiwan tidak bersalah itu, apatah lagi si comel langsung tidak menganggu kelancaran sidang media.

Walau bagaimanapun, kucing tersebut kemudian dilihat sedang berehat di atas lantai bilik media dalam beberapa foto yang dikongsi oleh netizen di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI