fbpx

Mesyuarat pertama MKT UMNO selepas pembentukan Kabinet malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengadakan satu mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Menara Dato Onn, malam ini.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia merupakan mesyuarat pertama selepas enam ahli parti itu dilantik menganggotai Jemaah Menteri dalam Kerajaan Perpaduan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini MKT pertama selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Datuk Seri Mohamad Hassan; Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Datuk Seri Azalina Othman Said; Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyertai kabinet Anwar.

“MKT UMNO mesti kekal sebagai pendorong, check and balance (semak dan imbang) kepada kerajaan. Tiada kompromi,” katanya di laman Facebook hari ini.

Dalam hantaran sama, Mohd. Puad turut mendesak kerajaan menyegerakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Tabung Haji.

“Kerajaan perlu didesak mendakwa Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali; bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz; saman isu Batu Putih selain perbicaraan adil untuk bossku (Datuk Seri Najib Razak).

“Perikatan Nasional (PN) tidak boleh bantah kerana ia sesuai dengan ‘tagline’ parti itu ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’,”kata beliau.

Tambah Mohd. Puad, PN mesti terbuka siasatan terperinci dakwaan salah kelola kewangan zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ini bukan soal balas dendam atau salah guna kuasa. Ini penggiliran mencari kebenaran. “Dulu, orang lain kena siasat, kini engkau kena siasat”. Apadahal. Jangan sloganis,”tegasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI