fbpx

Lelaki usia 82 tahun ditanduk lembu jantan di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki berusia 82 tahun ditanduk oleh seekor lembu jantan di Ontinyent, Valencia baru-baru ini. - CEN

MADRID – Seorang lelaki berusia 82 tahun terlambung ke udara selepas dia ditanduk seekor lembu jantan semasa perayaan Bou en Corda yang kontroversi di Sepanyol, lapor Daily Star semalam.

Insiden tersebut berlaku di Ontinyent, wilayah Valencia pada Ahad lalu setelah dia ditanduk haiwan berkenaan kerana gagal berlari lebih cepat daripada lembu jantan di jalan sempit di bandar bersejarah yang pelik itu.

Jeritan daripada orang ramai boleh didengari apabila badan lelaki itu terjatuh di ​​kaki lima dan mengeluarkan satu bunyi dentuman.

Lembu jantan itu terus menanduknya dan terhenti apabila ia ditarik dengan tali yang diikat pada lehernya manakala lelaki berkenaan dihantar ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Lelaki tersebut mengalami kecederaan pada bahagian depan kepalanya dan lobus oksipital kiri serta luka di tangan kirinya.

Media tempatan menyatakan keadaan dirinya sebagai serius. 

Seorang penyelidik, Rosa Fernandez mendapati bahawa pada tahun 2021, sebanyak 34.7 peratus penduduk Sepanyol menyokong perayaan yang melibatkan larian lembu jantan itu dan mahu mengekalkannya.

Namun, sebanyak 44.1 peratus lagi menentangnya dan mahu ia diharamkan menerusi pelaksanaan undang-undang dan 21.2 peratus lagi mahu ia terus diharamkan.

Terdapat sedikit perbezaan dengan acara larian lembu yang diadakan di Pamplona yang terkenal di negara tersebut apabila para pesertanya diminta menjerat haiwan itu dengan tali dan membawa binatang berkenaan ke rumah mereka. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI