fbpx

Kongsi foto sekatil dengan lelaki, Janna Nick digelar ‘kaki drama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN terbaharu Janna Nick dalam Instagram miliknya sehingga menimbulkan pertikaian netizen.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi Janna Nick tidak pernah sepi daripada menjadi buah mulut netizen dengan pelbagai kisah termasuk tentang tragedi putus cintanya bersama kekasih, Dini Schatzmann.

Terbaharu, selebriti yang juga penyanyi berusia 27 tahun itu sekali lagi mencuri perhatian masyarakat apabila berkongsi foto sedang berbaring dengan seorang lelaki di atas katil sehingga menimbulkan rasa kurang senang peminatnya atas kelakuan tersebut.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Janna dalam Instagramnya, selebriti kelahiran Sungai Petani, Kedah itu dilihat sedang berpandangan dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan wajahnya.

“Cinta tulus aku semaikan,” tulis Janna yang disusuli dengan tanda pagar #mentarisetia.

Difahamkan ‘mentari setia’ itu merupakan judul single terbaharu Janna yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Perkongsian tersebut membuatkan peminatnya berasa seolah-olah ditipu Janna tentang kisah putus cintanya bersama Dini apabila percaya perkara itu dibuat-buat bagi tujuan mempromosikan single terbaharunya.

“Satu Malaysia kena ‘game’. Jangan diminta-minta. Nanti masin mulut baru tahu. Niat tidak menghalalkan cara. Penyanyi dulu buat lagu tak perlu marketing sebegini. Lagu tetap meletup sampai sekarang,” tegur seorang pengguna Instagram.

“Kaki drama betul Janna Nick,” kata seorang lagi netizen.

Malah, terdapat juga netizen menasihati pelakon drama Marry Me Senorita itu supaya ingat pada hukum hakam dan agama atas tindakan yang dilakukannya itu.

“Makin tersasar hidup. Jangan ajar biasakan perkara yang haram sebegini. Malulah. Ada agama, bila ditegur nanti cakap orang tunjuk pandai. Kubur lain-lain,” tegur seorang peminatnya.

Pada 16 November lalu, Janna berkongsi status seolah-olah mahu memberitahu hubungan cintanya bersama Dini sudah berakhir.

Perkara tersebut menjadi tanda tanya ramai apabila bekas pengacara Melodi itu memuat naik status berbaur patah hati menggambarkan perhubungan mereka telah berakhir menerusi Instagramnya.

“Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulis Janna ringkas.

Menguatkan lagi spekulasi kehancuran cinta mereka, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner membawa diri bercuti di Eropah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI