fbpx

JPJ Negeri Sembilan keluarkan 1,380 notis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi Rentas Sempadan Zon Selatan dijalankan selama tiga hari.

PORT DICKSON – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengeluarkan 1,380 notis dalam Operasi Rentas Sempadan Zon Selatan selama tiga hari.

JPJ Negeri Sembilan bekerjasama dengan JPJ Johor dan JPJ Melaka menjalankan operasi JPJ Zon Selatan selama bermula 6 hingga 8 Disember.

Menurut Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf, daripada 3,744 kenderaan yang diperiksa sebanyak 820 kenderaan diambil tindakan membabitkan pelbagai kesalahan.

Katanya, kesalahan lebih muatan mencatatkan jumlah tertinggi iaity sebanyak 202 diikuti Lesen Memandu Kompeten (CDL) berjumlah 181.

“Antara kesalahan lain yang dicatatkan seperti Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan tiada LKM sebanyak 40 kesalahan.

“Pelaksanaan operasi ini adalah bertujuan bagi memastikan keselamatan serta pematuhan pengguna-pengguna jalan raya terhadap peraturan lalulintas yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika operasi itu di Lebuhraya Seremban Port Dickson di sini hari ini.

Tambahnya, antara tujuan lain operasi itu ialah untuk memfokuskan penguatkuasaan terhadap kenderaan barangan terutamanya dari aspek isu kesalahan membawa lebih muatan, memotong sebelah kiri, tujuh kesalahan utama dan pelbagai kesalahan lain.

“Peringkat awal operasi ini dimulakan di Johor pada 19 hingga 21 Julai lalu diikuti Melaka pada 27 hingga 29 September lalu.

“ Operasi khas ini di Negeri Sembilan turut melibatkan Polis, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS),” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI