fbpx

Hujan berterusan di 12 buah negeri sehingga lewat petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 12 buah negeri sehingga lewat petang nanti.

MetMalaysia memaklumkan negeri-negeri yang terlibat membabitkan negeri Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) sehingga pukul 6 petang nanti.

“Dalam pada itu, amaran sama turut dikeluarkan meliputi negeri Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Selain itu, bagi wilayah Sarawak pula melibatkan kawasan Limbang (Lawas), manakala bagi wilayah Sabah dijangka melanda kawasan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan serta Kudat (Kota Marudu) yang dijangka berterusan sehingga 5 petang nanti,” jelasnya menerusi satu hantaran

Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh masa tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI