fbpx

Hakim digantung tugas kongsi gambar tidak sopan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vivian Polania - Foto @vivianpolaniaf3/Instagram

BOGOTA – Seorang hakim yang digantung kerja di Colombia selepas mengendalikan perbicaraan secara maya dari atas katil kini berkongsi gambar-gambar tidak sopannya di media sosial, lapor Daily Star semalam.

Hakim itu, Vivian Polania sebelum ini digantung kerja kerana beliau mengadili perbicaraan mahkamah maya dari katil dengan memakai apa yang kelihatan seperti seluar dalam sambil menghisap rokok.

Bagaimanapun, Polania telah menggunakan laman Instagram untuk berkongsi lebih banyak gambar yang tidak sopan dan beliau kelihatan tidak terganggu dengan penggantungan tugasnya.

Peminat-peminatnya pula pantas mengulas tentang gambar seksi itu dengan ada yang menyindirnya selain disertai beberapa siri emoji ketawa.

Seorang pengguna media sosial menulis: “Oh Yang Arif, anda sangat cantik. Kami sayangkan anda.”

Polania digantung tugas selama tiga bulan selepas beliau didapati melanggar beberapa peraturan Suruhanjaya Tatatertib Kehakiman negara berkenaan baru-baru ini.

Hakim yang berusia 34 tahun itu muncul dalam siaran secara langsung menerusi Zoom sambil menghisap rokok dalam apa yang kelihatan seperti seluar dalamnya semasa mengendalikan perbicaraan tentang pengeboman kereta. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI