fbpx

Eskayvie terima dua anugerah Enterprise 50 anjuran SME Corp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kartika (kanan) menerima Anugerah Enterprise 50 dan Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Eskayvie, pengeluar produk penjagaan kesihatan, telah menerima Anugerah Enterprise 50 (E50) dalam satu majlis anjuran SME Corporation Malaysia (SME Corp) dengan kerjasama Deloitte Malaysia.

Rakan strategik penganjuran tersebut pula adalah RHB Bank Bhd, Unifi Business, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), UOB Malaysia dan RAM Rating Services Bhdi.

Eskayvie telah berjaya meraih tempat kedua daripada 50 buah syarikat yang tersenarai dalam pencalonan anugerah manakala Pengarah Urusan syarikat, Kartika Wati telah menjadi wanita pertama menerima Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022.

Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Kartika berkata, anugerah ini membuktikan bahawa perjuangan dan visi Eskayvie dalam memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah adalah sangat signifikan dan penting dalam menyokong pembangunan ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam era pasca Covid-19.

“Dua anugerah yang dimenangi ini sebenarnya membuktikan bahawa syarikat bumiputera seperti Eskayvie yang diterajui oleh wanita mampu mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dalam kalangan syarikat tempatan. 

“Ia turut mengiktiraf sumbangan Eskayvie ke arah pembangunan negara serta memberi galakan kepada kami untuk memainkan peranan lebih besar dalam ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

 

 E50 adalah  program tahunan yang telah diakreditasi sebagai anugerah terkemuka dengan  melambangkan pencapaian dalam perniagaan dan keusahawanan bagi mengiktiraf dan meraikan pencapaian cemerlang syarikat tempatan yang berdaya saing.

 Selain itu, mengulas mengenai kejayaan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Rizal Nainy menjelaskan,  sebanyak 213 penyertaan dicatatkan tahun ini, iaitu tertinggi sejak diperkenalkan pada 1997.

“Hanya syarikat yang mendapat penarafan empat dan lima bintang di bawah Program Penilaian Penarafan Daya Saing PKS bagi Peningkatan (SCORE) sahaja yang layak untuk disenaraikan dalam anugerah E50 ini.

“Eskayvie juga telah melalui proses penilaian yang ketat berdasarkan pelbagai parameter, antaranya termasuk proses perniagaan, kewujudan pasaran, kedudukan kewangan; serta adaptasi digitalisasi dalam syarikat masing-masing,” jelas beliau.

Sementara itu, platform digital Eskayvie Nexus yang diperkenalkan semasa pandemik Covid-19 sebelum ini telah membantu ramai yang terkesan dengan bebanan kewangan akibat ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia amnya. Ada yang kehilangan pendapatan dan diberhentikan kerja, juga terpaksa berdepan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Melalui inisiatif pendigitalan ini, syarikat telah banyak membantu usahawan untuk berniaga secara online malah, setiap usahawan Eskayvie Nexus yang bernaung di bawah jenama Eskayvie turut menerima latihan berterusan bagi memantapkan skil keusahawanan mereka dengan menguasai strategi pemasaran dan jualan serta aspek kepemimpinan yang berkesan. 

 Sehingga kini, Eskayvie telah berjaya melahirkan lebih 78,000 orang usahawan Nexus di seluruh Malaysia yang mampu menjana pendapatan lima angka setiap bulan.

Selain Malaysia, Singapura dan Brunei; Eskayvie kini terus unggul dalam melebarkan jenamanya ke Asia Tenggara melalui Eskayvie Global Wellnes yang kini semakin mendapat tempat di pasaran Indonesia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI