fbpx

Ekspedisi T30 Puncak Kinabalu bakal tercatat dalam MBOR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOGO gergasi MPAJ yang bakal dikibarkan di puncak Gunung Kinabalu.

PETALING JAYA – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bakal mencipta sejarah tersendiri dan tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi ekspedisi mengibarkan logo korporat terbesar di puncak Gunung Kinabalu bermula 13 Disember ini.

Ekspedisi bersejarah dikenali sebagai T30 Puncak Kinabalu itu adalah bersempena ulang tahun MPAJ yang ke-30 tahun ini.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam MPAJ, Norhayati Ahmad berkata, misi selama lima hari itu akan disertai oleh seramai 30 kakitangan MPAJ.

Katanya, Ekspedisi T30 Puncak Kinabalu akan membawa logo gergasi MPAJ berukuran 17.8 meter tinggi dan 12.8 meter lebar di ketinggian 4,095 meter sebagai simbolik sambutan ulang tahun MPAJ yang ke-30 pada 1 Julai lalu.

“Ekpedisi ini dikenali sebagai T30, dimana huruf ‘T’ membawa maksud tahun dan tawan, manakala 30 adalah bilangan 30 orang peserta dan ulang tahun ke-30.

“Ini juga merupakan usaha pertama pihak berkuasa tempatan Selangor yang mempromosikan imej atau logo korporat terbesar di puncak Gunung Kinabalu.

“Siri latihan dibuat di Bukit Broga, Kemensah serta Gunung Angsi bagi memantapkan stamina peserta,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, ekspedisi turut disertai wakil Persatuan Kembara Negara serta Malaysia Book Of Records yang bakal mengiktiraf program berkenaan.

Terdahulu, simbolik penyerahan logo MPAJ telah disampaikan oleh , Yang Dipertua MPAJ, Mohd. Fauzi Mohd. Yatim bersama Setiusaha MPAJ, Julaihah Jamaludin dan Pengerusi Kelab Sukan dan Kebudayaan & Kebajikan (KESUKE) MPAJ, Ir. Ts. Zafrul Fazry Mohd Fauzi. kepada ketua delegasi iaitu Khairilazhar Ismail selaku Pengarah Jabatan Belia, Masyarakat & Landskap MPAJ di Stadium MPAJ, Pandan Perdana baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI