fbpx

Budak lapan tahun jatuh perigi tersepit pada kedalaman 16 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat berusaha menyalurkan bekalan oksigen kepada mangsa. - MailOnline

NEW DELHI – Operasi menyelamat  dijalankan untuk mengeluarkan  seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di India yang terjatuh  dan terperangkap di dalam sebuah perigi selama lebih 24 jam, lapor laman berita Wion News semalam.

Insiden  berlaku di negeri Madhya Pradesh kelmarin ( Selasa)  l sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan). Mangsa yang bernama Tanmay Sahu terjatuh ke dalam perigi sempit itu ketika bermain dengan rakan-rakannya.

Menurut pegawai penyelamat, kanak-kanak itu terperangkap pada kedalaman 16.7 meter (m) di dalam perigi sedalam 122 m.

Anggota penyelamat bertindak mengepam bekalan oksigen kepada budak lelaki itu, namun sukar untuk menilai keadaan mangsa disebabkan oleh lapisan lumpur yang tebal.

Pegawai majistret daerah memberitahu agensi berita ANI bahawa usaha menyelamat mungkin mengambil masa beberapa jam lagi. 

“Ia mengambil masa lebih lama berbanding jangkaan kerana terdapat batu-batu  di dalam perigi,” katanya.

Pasukan tindak balas negeri berusaha menyelamatkan budak lelaki itu buat masa ini.

Anggota penyelamat menggunakan sebuah mesin penggali terowong yang setakat ini sudah mencecah kedalaman lebih 7 meter.

Ketua menteri negeri Madhya Pradesh, Shivraj Singh Chouhan berkongsi kebimbangan terhadap mangsa menerusi laman Twitter dan berkata, beliau sentiasa berhubung dengan pentadbiran tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini.

Beberapa kanak-kanak di India telah meninggal dunia akibat sesak nafas selepas tersangkut di dalam perigi.

Ia dibina bertujuan untuk mengeluarkan air bawah tanah kerana berlaku kekurangan air di kawasan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI