fbpx

Azhan Rani tegur pihak lapor berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN RANI

INDIVIDU mahu pun pihak yang cuba menjadi pelapor tanpa sumber sahih dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan terhadap musibah membabitkan kesihatan orang lain dengan melaporkan berita palsu.

Insiden membabitkan penyebaran khabar tidak berasas tentang pelakon Nad Zainal dan penyanyi, Datuk Nash antara contoh terkini sikap tidak bertanggungjawab tersebut.

Baru-baru ini, Nad yang direhatkan buat kali kedua bagi memastikan paru-parunya terus kuat difitnah dengan laporan seolah-olah ada perkara buruk sudah menimpanya.

Manakala, vokalis Lefhanded yang hanya mengalami kekejangan otot pula didakwa kritikal membuatkan keluarga dan kenalannya panik.

Lebih teruk apabila ada pihak yang sanggup menggunakan gambar lama penyanyi Pada Syurga Di Wajahmu ketika kemalangan dua tahun lalu sebagai modal memancing pembaca.

Mizz Lahar yang tiada pertalian darah dengan mereka pun naik hantu apabila ada yang sesuka hati memuat naik berita palsu hingga membuatkan ramai terkejut.

Kadangkala ceritanya dicedok daripada portal berita sahih kemudian ubah sana-sini sehingga jadi sensasi dan kontroversi.

Rentetan dari penulisan sebegitu, Azhan Rani dan Norreen Iman menyelar tindakan tidak beretika tersebut selain memohon semua pihak sensitif dalam hal melibatkan kesihatan seseorang.

Mizz Lahar: Dengarnya seorang pelakon mahu menamatkan zaman dara dalam tempoh terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI