fbpx

Amaran cuaca tahap waspada di 4 negeri sehingga Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej gema radar.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca tahap waspada (kuning) bagi empat negeri sehingga Sabtu ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Jelasnya, kawasan-kawasan yang terlibat akan mengalami hujan berterusan sepanjang tempoh tersebut.

“Di Perak ia melibatkan kawasan sekitar Hulu Perak dan Kuala Kangsar, manakala bagi Pahang pula ia membabitkan kawasan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Bagi Kelantan dan Terengganu pula, ia melibatkan seluruh kawasan di kedua-dua negeri tersebut,” katanya MetMalaysia.

Jelas MetMalaysia, amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI