fbpx

Amaran air pasang besar hingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pusat Hidrografi Nasional (PHN) meramalkan berlakunya air pasang besar bermula hari ini hingga Ahad.

Keadaan tersebut katanya, boleh menyebabkan limpahan air di kawasan darat dan berkemungkinan banjir di lokaliti kawasan rendah pesisir pantai.

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini.

“Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

Orang ramai boleh melayari https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/ untuk maklumat lanjut paras pasang surut di kawasan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI