fbpx

28 penumpang melarikan diri selepas pesawat mendarat cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Insiden itu berlaku di lapangan terbang El Prat, Sepanyol. - Getty

MADRID – Sebuah pesawat komersial terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang El Prat di Barcelona, Sepanyol selepas satu kejadian kecemasan perubatan dilaporkan di dalam pesawat, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut kerajaan Sepanyol, sebaik sahaja pesawat itu mendarat, 28 penumpang terus melarikan diri dengan melintasi landasan.

Polis pada awalnya menahan 14 orang, termasuk seorang wanita hamil yang didakwa berpura-pura bahawa air ketubannya pecah sehingga pendaratan cemas terpaksa dilakukan.

Mereka kemudian menahan dua penumpang lain dengan salah seorang daripadanya ditahan di lapangan terbang, manakala seorang lagi di luar.

Wanita hamil itu kemudian menjalani pemeriksaan di hospital dan didapati tidak bersalin, kata kerajaan.

Seramai 12 orang lagi masih belum ditemui selepas melarikan diri.

Pesawat itu terbang dari Maghribi ke Turkiye dan dikendalikan oleh Syarikat Penerbangan Pegasus dari Turkiye.

Lima daripada mereka yang ditahan segera dimasukkan semula ke dalam pesawat, manakala sekurang-kurangnya lapan orang akan dihantar pulang ke Maghribi.

Pesawat itu membawa seramai 228 penumpang dari Casablanca ke Istanbul.

Pada Oktober tahun lalu, sekumpulan penumpang melarikan diri dari pesawat ke landasan di pulau Mallorca, Sepanyol berikutan pendaratan cemas dengan alasan palsu. Seramai 12 orang telah ditangkap, manakala 12 lagi melarikan diri. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI