fbpx

135 kaki judi Piala Dunia dicekup seluruh Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi ketika sidang akhbar hari ini. -Foto oleh AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Seramai 135 kaki judi bola sepak Piala Dunia 2020 ditangkap menerusi OP SOGA seluruh Selangor dalam tempoh 19 November hingga semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, ini melibatkan 128 warga tempatan dan tujuh warga asing menerusi 119 serbuan di sekitar negeri ini.

Katanya, pihaknya turut merampas pelbagai barangan termasuk enam buah komputer, tiga laptop, 193 telefon bimbit dan wang tunai lebih RM264,000.

“Setakat ini, seramai 29 telah dituduh di mahkamah dengan 87 kertas siasatan masih disiasat dan tiga diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA).

“Modus operandi mereka adalah bergerak secara individu dengan pertaruhan dilakukan secara elektronik,” katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Beliau menegaskan pihaknya juga mempercayai sindiket ini melibatkan luar negara terutama dari segi bookie yang menawarkan pertaruhan yang tinggi.

“Bagaimanapun,siasatan masih dijalankan dalam mengetahui pertaruhan paling tinggi dilakukan dalam kaki judi bola sepak Piala Dunia ini,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI