TIDAK hanya berparti, anggota kumpulan Girls’ Generation, Yuri memberi makna tersendiri dalam meraikan sambutan hari jadinya.
Pemilik nama penuh Kwon Yu-ri itu menyertai sebuah acara amal dinamakan Eighteen Adults.
Menerusi kempen tersebut, Yuri menyerah kit sokongan diri penjagaan diri kepada pelajar.
Idea pembikinan kit sokongan diri dicetuskan Yuri sendiri dengan memasukkan barangan penting seperti tuala, selimut, set pinggan mangkuk dan lilin.
Dia juga sempat menyelitkan kad yang ditulis sendiri dengan meninggalkan pesanan menyentuh hati.
“Saya menyertai kempen ini kerana mahu melabur pada hari jadi saya dan bukan sahaja menerima hadiah,” ujarnya.