fbpx

Wanita mulut paling besar makan pretzel gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video TikTok menunjukkan Sam Ramsdell memegang roti pintal gergasi sebelum memakannya baru-baru ini. - Foto TikTok/@samramsdell5

NEW YORK – Seorang wanita yang diiktiraf mempunyai mulut ternganga paling besar di dunia oleh Guinness World Records, Sam Ramsdell menunjukkan dia makan roti pintal gergasi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam klip video baru-baru ini yang disiarkan kepada 3.3 juta pengikutnya di laman TikToknya, Ramsdell, 32, cuba memakan roti pintal itu atau lebih dikenali sebagai pretzel secara sekali gus, membuatkan peminat-peminatnya berasa kagum.

“Bolehkah saya memasukkan keseluruhan pretzel ini ke dalam mulut saya? Sama-samalah kita ketahui,” soalnya.

Walaupun dia tidak memasukkan keseluruhan roti tersebut ke dalam mulutnya yang besar ia sudah mencukupi untuk membuat peminat-peminatnya berasa kagum dengan cara dia mamakan pretzel gergasi tersebut.

Seorang pengikutnya menulis: “Ini sangat mengagumkan.”

Namun, seorang lagi pengikut wanita itu lain menulis: “Baiklah tetapi secara jujur, anda tidak berjaya tetapi itu masih mengagumkan.”

Sementara itu, pengikut Ramsdell yang ketiga mengulas: “Mulut yang terbuka itu menakutkan saya…juga pretzel itu kelihatan menakjubkan.”

Pengikut-pengikutnya yang lain mengakui: “Melebihi jangkaan, manakala seorang lagi pemintanya menulis: “Nikmati saja pretzel.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN