fbpx

Terdesak perlukan duit, penganggur samun 8 kedai serbaneka diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farouk Eshak menunjukkan barang kes samun kedai serbaneka ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, pagi tadi.

AMPANG JAYA – Pernah menjadi mangsa samun, seorang lelaki bertindak melakukan tindakan yang sama selepas kehidupannya yang memaksa sejak bulan lalu.

Aktiviti suspek dikesan polis tumpas selepas melakukan lapan kes samun di sekitar Cheras dan Ampang sebelum ditahan di Jalan Pandan 2/2, Pandan Jaya, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, laporan diterima daripada juruwang kedai serbaneka yang dirinya disamun pada hari yang sama, sekitar pukul 9 pagi.

Ujarnya, suspek pada awalnya berpura-pura membeli rokok, selepas membuat pembayaran suspek melompat masuk ke kawasan kaunter lalu mencuri duit sebanyak RM150 serta rokok sambil mengacukan pisau.

“Pada hari yang sama sekitar pukul 8.30 malam, pegawai dan anggota membuat serbuan ke atas suspek di bilik sewanya di Ampang.

“Hasil serbuan berjaya merampas pakaian, rokok, wang tunai, topi keledar yang dipakai semasa samun, dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna hijau,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya, pagi tadi.

Menurut Farouk, suspek merupakan penganggur dan menjadikan samun kedai serbaneka bersenjatakan pisau bersendirian sebagai sumber pendapatan seharian dan membeli dadah sejak sebulan lalu.

Katanya, hasil soal siasat mendapati suspek sudah melakukan tiga samun di Cheras dan lima di kawasan Ampang membawa keuntungan sekitar RM2,000.

“Susulan penangkapan suspek, ujian air kencing mendapati positif methamphetamine dan amphetamine.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan suspek direman sehingga esok,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI