fbpx

Remaja selamat bedah jantung menerusi program Miracle Baby

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eisya (dua dari kanan) dan Jia Xin (tiga dari kanan) selamat menjalani pembedahan di Hospital Pulau Pinang (HPP) menerusi program Miracle Baby. IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Pesakit jantung berlubang, Eisya Marzuki, 16, yang selamat menjalani pembedahan jantung pada 30 November lalu menerusi program Miracle Baby tidak sabar kembali ke sekolah bagi menjalani semula kehidupan sebagai remaja aktif.

Eisya merupakan antara pesakit yang menerima manfaat program Miracle Baby menerusi hasil kerjasama strategik antara Kementerian Kesihatan (KKM), Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) dan Hospital Sri Sathya Sai Sanjeevani (SSSSH) di India.

Eisya berkata, dia telah dibenarkan pulang dari Hospital Pulau Pinang (HPP) Isnin lalu selepas lapan hari berada di wad dan sedang menjalani proses pemulihan pada masa ini.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para doktor termasuk doktor dari SSSSH, India yang telah merawat saya sepanjang di HPP dan tidak sabar ke sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran bersama rakan-rakan dan guru,” katanya ketika ditemui di HPP di sini hari ini.

Program Miracle Baby yang dilancarkan secara rasmi di HPP hari ini merupakan kerjasama strategik KKM, UTAR dan SSSSH di India bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pembedahan jantung kompleks kanak-kanak yang berkualiti.

Dalam pada itu, ibu kepada Eisya, Siti Nor Azidah Mohd Hamzah,41, berkata, anak sulungnya itu mempunyai masalah jantung sejak kecil, namun pada 2014 masalah jantung anaknya semakin serius dan doktor menyarankan agar menjalani pembedahan.

“Eisya bernasib baik kerana terpilih untuk mendapatkan rawatan menerusi program Miracle Baby dan tempoh dia menunggu untuk menjalani pembedahan juga tidak lama iaitu sekitar dua bulan sahaja,” jelasnya.

Sementara itu, ibu kepada seorang lagi kanak-kanak yang menerima manfaat program Miracle Baby, Yap Hooi Mui, 36, pula memberitahu, anak bongsunya, Iris Sim Jia Xin, lapan tahun, selamat menjalani pembedahan jantung pada 28 November lalu dan sedang menjalani rawatan pemulihan sekarang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI