fbpx

PRU15: Proses undi di Padang Serai, Tioman lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani berucap pada majlis penyerahan sumbangan dan bantuan bencana banjir daripada 7-Eleven Malaysia kepada polis di Putrajaya hari ini. GAMBAR : FAISOL

PUTRAJAYA – Proses mengundi di Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman berjalan lancar setakat 11 pagi ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, tiada aduan dan masalah dilaporkan di dua lokasi pengundian itu setakat ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya pengundi di sana sudah matang dan berdisiplin malah, tiada kekecohan dilaporkan.

“Anggota yang ditugaskan di dua lokasi pengundian itu juga mencukupi malah, kami turut sediakan pasukan sokongan sebagai persediaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan dan Bantuan Misi Bencana Banjir oleh 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini.

Hari ini, seramai 132,955 orang bakal mengundi di Parlimen Padang Serai dan 28,108 pengundi kerusi DUN Tioman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI