KULIM – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh memberitahu kehadiran pengundi muda bagi Parlimen Padang Serai agak perlahan pada pagi ini.
Kata beliau, pengundi muda dijangka datang mengundi agak lewat kerana mereka kemungkinan menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar, awal pagi tadi.
“Pagi ini kita melihat saluran satu dan dua agak ramai, namun saluran empat hingga tujuh sedikit perlahan.
“Mungkin perlahan kerana tengok bola selain hari ini hari bekerja,” katanya selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE