fbpx

PRU15: Mohd Johari selesai mengundi pukul 9.55 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD JOHARI mengundi di SK Pontian di Rompin hari ini.

ROMPIN – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, Datuk Seri Mohd. Johari Hussain selesai membuang undi pada pukul 9.55 pagi.

Johari yang tiba pada pukul 9.45 pagi bersama isteri dan anaknya membuang undi di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Pontian di sini.

Terdahulu Johari sempat beramah mesra dengan orang ramai di luar pusat pengundian.

Johari kemudiannya pergi ke pusat pengundian Sekolah Kebangsan Rompin bagi menemani isterinya membuang undi sebelum dijadual meninjau pusat-pusat pengundian lain.

Pada 19 November lalu, pengundian bagi kerusi DUN Tioman ditangguhkan selepas calon PN, Md. Yunus Ramli meninggal dunia di Hospital Rompin akibat komplikasi jantung.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRU DUN Tioman perlu diadakan semula hari ini.

PRU15 DUN Tioman menyaksikan pertembungan antara penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussien; Pakatan Harapan (PH), Mohd Fadzli Mohd Ramly; Bebas, Sulaiman Bakar; Parti Pejuang Tanah Air, Osman Bakar dan calon PN Nor Idayu Hashim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI