fbpx

PRU15: Calon Pejuang sebak mengundi di sekolah lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon Pejuang bagi Parlimen Padang Serai, Hamzah selesai mengundi di SK Bukit Selarong, hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN

KULIM – Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi Parlimen Padang Serai, Hamzah Abd. Rahman memberitahu sebak ketika mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Selarong dekat sini, hari ini.

Menurutnya, perasaan itu disebabkan sekolah tersebut pernah menjadi tempat dia menuntut ilmu.

“Saya rasa sedih dan sebak kerana di sinilah segalanya bermula buat saya. Di sini saya menuntut ilmu dari tahun satu hingga enam.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan proses pengundian kelihatan teratur dan cuaca pun baik,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu, beliau yang lengkap berbaju Melayu dan bertanjak tiba di pusat mengundi kira-kira pukul 8.20 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI