fbpx

Piala Dunia: Saka yakin ambil sepakan penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKA gagal menyempurnakan sepakan penalti pada aksi final Euro 2020, namun dia bersedia untuk melaksanakan tugas itu lagi jika dipilih. – AFP

DOHA – Pemain sayap England, Bukayo Saka mengakui dia gembira sekiranya diberi tugasan untuk mengambil sepakan penalti pada aksi suku akhir menentang juara bertahan, Perancis di Stadium Al Bayt awal pagi Ahad ini.

Saka menjadi salah seorang daripada tiga pemain England yang gagal menyudahkan sepakan penalti pada penentuan juara di final Euro 2020 Julai tahun lalu menentang Itali.

Rentetan kegagalan itu, Saka menjadi subjek kecaman perkauman, namun pemain Arsenal itu menganggap kritikan itu sebagai detik buatnya mendapatkan semula keyakinan.

“Secara peribadi, saya cuba untuk keluar daripada detik itu. Namun, saya gagal untuk melupakan dan semuanya sudah menjadi sejarah.

“Dalam masa sama, saya sudah pun menjaringkan tiga gol dan perkembangan ini menaik­kan semangat saya. Sokongan yang saya terima daripada peminat juga beri keyakinan.

“Sejak detik itu, saya bertambah matang. Jika detik itu (penalti) hadir lagi dan saya terpilih, sudah pasti saya akan bertambah gembira,” katanya.

Pada aksi 16 terbaik sebelum ini, skuad The Three Lions tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan Senegal 3-0 yang turut menyaksikan Saka meledak gol ketiga pasukannya.

Walaupun terpaksa menentang juara bertahan, Saka me­negaskan England tidak pernah takut kerana skuad kali ini miliki ramai pemain berpengalaman.

“Kami pernah mara ke suku akhir, separuh akhir dan juga final. Jadi, apabila terpaksa berdepan perlawanan besar, kami sudah ada ramai pemain yang tahu apa perlu dilakukan untuk mendapatkan kemenangan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI