fbpx

Penginap hotel masak ayam guna mesin pembancuh kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki memasak ayam dengan menggunakan mesin pembancuh minuman kopi dan perbuatannya itu disiarkan di LinkedIn baru-baru ini. - LinkedIn

LONDON – Seorang lelaki yang dikenali sebagai Alexander C mendedahkan kepada netizen bahawa dia memasukkan ayam mentah ke dalam mesin pembancuh air kopi di sebuah hotel untuk memasak hidangan makan malam, lapor portal berita Daily Star semalam.

Lelaki berkenaan mendedahkan perbuatannya itu di laman pencari kerja iaitu LinkedIn yang memperincikan resipi dan kaedah-kaedah pembuatannya sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna media sosial.

Alexander berkongsi gambar yang menunjukkan campuran ayam, sekeping mentega dan beberapa perasa dimasukkan ke dalam mesin pembancuh kopi. Semasa berkongsi imej-imej tersebut, dia menjelaskan tujuannya berbuat demikian.

Lelaki tersebut memutuskan untuk memasak hidangan itu yang lebih murah daripada restoran dengan menggunakan peralatan terhad di dalam sebuah hotel bagi menjimatkan wang syarikatnya sekali gus menyebabkan dia tidak keluar dari bilik untuk makan malam. 

Dia turut mewajarkan tindakannya yang berjimat cermat dan menulis: “Perkara kecillah yang membuat anda dinaikkan pangkat.”

Bagaimanapun, Emily Murnane yang merupakan seorang penulis dan pengarah komedi, berkongsi tangkap layar Alaxander dan membuat ciapan di Twitter dengan menulis: “LinkedIn benar-benar terbang di bawah radar sebagai platform media sosial yang paling tidak ‘waras’.”

Ciapan Murnane itu mendapat lebih 200,000 tanda suka dan lebih 24,000 diulang semula dengan seorang pengulas berkata: “Dipromosikan menjadi orang aneh, itulah yang terjadi.”

Seorang lagi pengulas memberikan pandangannya yang menyokong Alexander dengan menulis bahawa dia  melakukan perbuatan itu untuk mempersendakan orang-orang korporat yang aneh di LinkedIn sekali gus menunjukkan kebijakannya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI