fbpx

Pearly-Thinaah tewas aksi sulung di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kanan) dan Thinaah tewas pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2022 di Bangkok sebentar tadi.

BEREGU wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah memulakan saingan pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2022 tidak seperti yang diharapkan apabila tewas pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B.

Pada perlawanan yang berlangsung di Nimibutr Arena, Bangkok, juara Terbuka Perancis itu terpaksa akur dengan kekalahan straight set 21-23, 19-21 kepada wakil Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti.

Meskipun tewas, namun Pearly-Thinaah yang berada pada ranking kesembilan dunia sudah menampilkan aksi terbaik apabila tetap memberi tentangan sengit dalam kedua-dua set permainan.

“Perlawanan hari ini (semalam) tidak seperti yang diharapkan kerana kami buat beberapa kesilapan selain tahap keyakinan agak rendah. Selain itu, saya juga ada buat silap dari segi pukulan.

“Apa yang pasti, kami perlu beri perhatian terhadap apa yang perlu diperbaiki untuk perlawanan akan datang. Walaupun tewas, namun masih ada beberapa perkara positif dapat diambil,” kata Thinaah sejurus tamat perlawanan.

Sementara itu, Pearly berkata, mereka perlu membuat analisis mengenai aksi keseluruhan yang ditampilkan pada perlawanan tersebut selain cuba mengembalikan keyakinan dalam diri masing-masing.

“Seperti yang Thinaah cakap, kami tidak lakukan tugas masing-masing dengan baik. Oleh itu, kami perlu lihat semula dan lakukan analisis terhadap permainan dan alihkan fokus kepada perlawanan seterusnya,” ujarnya.

Meskipun tewas, namun Pearly-Thinaah masih berpeluang untuk melangkah ke pusingan separuh akhir sekiranya memenangi baki dua perlawanan menentang wakil China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu dan Chen Qing Chen-Jia Yi Fan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI