fbpx

Mayat dalam semak dipercayai warga emas hilang bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA PILAH – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui di kawasan semak di Kampung Jumbang, Seri Menanti, di sini, pada petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam pada pukul 2.30 petang.

Menurutnya, dari segi fizikal dipercayai mayat tersebut telah meninggal dunia melebihi tiga hari.

“Setakat ini tiada sebarang unsur jenayah berkaitan penemuan tersebut, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenalpasti identiti mayat itu

“Bagaimanapun, kes ini dipercayai ada hubung kait dengan satu kes orang hilang (OH) melibatkan seorang lelaki berumur 67 tahun yang dilaporkan hilang sejak 22 November lepas di Kampung Sikai Gunung Pasir, Seri Menanti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujar Amran lagi, pihak keluarga akan dipanggil untuk membuat pengecaman mayat.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang warga emas berusia 67 tahun hilang dari rumah pusakanya Dan tidak pulang sekitar dua minggu.

Adik bongsu warga emas itu, Norliza Abu Hasan, 53, menyedari abangnya itu hilang pada 22 November lalu selepas didapati tidak datang ke rumahnya seperti kebiasaan untuk makan malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI