fbpx

Judi pertaruhan Piala Dunia cecah RM6.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis menyoal siasat salah seorang individu selepas disyaki menjadi bookie pertaruhan Piala Dunia Qatar 2022 dalam serbuan Ops Soga XI di seluruh Johor.

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket judi dalam talian Piala Dunia Qatar 2022 melibatkan pertaruhan mencecah RM6.3 juta menerusi 45 siri serbuan di sekitar negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam Ops Soga XI yang dilaksanakan bermula 21 November lalu sehingga semalam seramai 46 penganjur atau bookie diberkas masing-masing berusia antara 18 hingga 72 tahun.

Menurutnya, kejohanan Fifa Piala Dunia Qatar 2022 bermula 21 November dan bakal berakhir 19 Disember ini yang melibatkan 32 buah negara dan peluang ini digunakan sindiket perjudian atas talian sebaik mungkin untuk meraih keuntungan.

“Bagi membanteras aktiviti haram ini, polis Johor melaksanakan Ops Soga XI di seluruh negeri dan menahan seramai 45 penganjur iaitu bookie yang mencari pelanggan membabitkan kredit limit pertaruhan mencecah RM6,317,498.

“Menerusi serbuan yang dijalankan itu juga, sebanyak RM34,303, SGD500 (RM1,621) serta 48 buah telefon pintar pelbagai jenama dirampas termasuk sim kad dan sebuah buku,” katanya dalam kenyataan di sini.

Kamarul Zaman berkata, kesemua tangkapan direman bagi membantu siasatan lanjut membabitkan siasatan antaranya Seksyen 4(1)(d), Seksyen 6(1) dan Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Ujarnya, kejayaan Ops Soga XI adalah hasil maklumat risikan pihak polis selain perkongsian maklumat daripada orang ramai.

“Polis Johor memberi amaran keras kepada individu sama ada pemain atau penganjur judi, tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka mengikut undang-undang sedia ada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI