fbpx

Geng Ajib, Patah sasar curi motosikal Ex5, 125Z tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farouk Eshak menunjukkan barang kes yang dirampas daripada dua kumpulan terbabit ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, pagi tadi.

AMPANG JAYA – Polis menumpaskan sindiket curi motosikal yang didalangi dua kumpulan iaitu Geng Ajib dan Patah yang menyasarkan Honda Ex5 dan Yamaha 125Z sekitar Kuala Lumpur, sejak bulan lalu.

Kedua-dua kumpulan tersebut mensasarkan kawasan letak motosikal yang tidak berpengawal dan dilakukan secara berkumpulan antara dua hingga empat orang sebelum dileraikan lalu dijual secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, tangkapan pertama melibatkan geng Patah yang mana dalangnya berusia, 40 tahun.

“Berdasarkan laporan mangsa seorang penjaga stor berusia 28 tahun memaklumkan, motosikal Honda C100 yang diletakkannya dalam keadaan berkunci di kediamannya sekitar Ampang telah hilang pada pukul 11.30 pagi, 25 November lalu.

“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan anggota membuat tangkapan terhadap empat orang lelaki tempatan di sekitar Kuala Lumpur pada hari yang sama,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, pagi tadi.

Jelas Farouk, kesemua suspek ditahan merupakan ahli geng Patah yang berusia lingkungan 34 hingga 40 tahun serta positif dadah methamphetamine.

Katanya, hasil semakan mendapati suspek bekerja sebagai mekanik, peniaga dan penghantar barang mempunyai empat ke 15 rekod lampau melibatkan kes dadah, curi dan pecah rumah.

“Rampasan barang curi melibatkan dua buah motosikal Honda Ex5, rangka motosikal, dan sebuah Yamaha LC 135 berwarna hitam, dan kumpulan ini menyasarkan motosikal jenis Honda Ex5,” katanya.

Sementara itu, bagi tangkapan Geng Ajib pula, beliau berkata, empat suspek berusia lingkungan 24 tahun hingga 34 tahun diberkas mmenerusi Op Lejang bermula 29 November lalu.

“Susulan penahanan itu, kita merampas tiga motosikal iait sebuah Yamaha LC dan dua Yamaha 125ZR serta pelbagai komponen motosikal termasuk dua enjin motosikal.

“Semakan mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod lampau dan ujian saringan air kencing mendapati semuanya positif dadah,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI