fbpx

Gaya santai barisan Kabinet Anwar tanpa tali leher curi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan Kabinet Anwar menampilkan kelainan apabila tidak mengenakan tali leher ketika menghadiri mesyuarat di Perdana Putra tadi.

PUTRAJAYA- Barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menampilkan kelainan apabila rata-rata daripada menterinya memilih untuk tidak mengenakan tali leher ketika menghadiri mesyuarat di Perdana Putra hari ini.

Imej ditampilkan barisan menteri itu disifatkan seakan menterjemah penampilan Perdana Menteri yang dilihat lebih selesa menggenakan ‘suit’ tanpa memakai tali leher.

Berdasarkan gambar dikongsikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof di Twitter miliknya tadi, rata-rata menteri dilihat bergambar bersama Anwar selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet tanpa mengenakan tali leher seperti amalan biasa yang dilakukan sebelum ini.

Selain itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali juga dilihat tidak mengenakan tali leher seperti kebiasaan.

Sebelum ini, imej ditampilkan Anwar sejurus dilantik sebagai Perdana Menteri menerima reaksi positif daripada rakyat apabila rata-rata mereka bersetuju dengan gaya ringkas ditampilkan Menteri Kewangan itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI