fbpx

Gabungan PN, BN hanya buang masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad.

PETALING JAYA – Gabungan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan baru sudah tidak lagi relevan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, gabungan itu kini tidak perlu difikirkan lagi malah menyifatkannya sebagai membuang masa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan bahawa kononnya tanpa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, BN dan PN boleh bekerjasama untuk mengambil alih Putrajaya.

Dalam pada itu, beliau berkata, negara juga tidak perlu mempunyai pertukaran kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang mentadbir negara sehingga tamat tempoh PRU16.

“Isu PN-BN bergabung jika Bersatu tidak lagi dipimpin oleh Muhyiddin adalah mengarut. (Dia) dan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin sama sahaja. Dua-dua suka tikam belakang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Justeru, Mohd. Puad berkata, penglibatan UMNO dalam kerajaan baharu adalah untuk kepentingan negara.

“UMNO bukan pak turut dalam kerajaan baru. Tetapi UMNO adalah ‘partner’ (rakan) yang boleh bekerjasama demi rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI