fbpx

Bomba bantu usung remaja 120kg di Bukit Beruntung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba mengangkat remaja perempuan berusia 13 tahun ke tingkat empat rumahnya di Bukit Beruntung, Hulu Selangor malam tadi.

HULU SELANGOR – Pihak bomba dipanggil bagi membantu mengangkat remaja perempuan yang mengalami masalah obesiti dengan berat badan kira-kira 120 kilogram (kg) di Blok E Apartmen Cempaka Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, di sini, malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, remaja berusia 13 tahun itu dipercayai menjalani rawatan di Hospital Selayang kerana menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

“Remaja berkenaan dibawa pulang oleh sebuah ambulans swasta ke rumahnya di Bukit Beruntung.

“Pihak ambulans swasta meminta bantuan pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa untuk mengangkat dia dari ambulans ke rumahnya yang berada di tingkat empat.

“Remaja perempuan tersebut dipindahkan dari pengusung ke beg kanvas dan terus dibawa naik ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengangkat remaja perempuan itu dan operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 8.01 malam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI